Sunday 18 November 2012

Selamat Datang Ke Pulau Idaman..!!! (PULAU PERHENTIAN)

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terletak 21 km dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Lokasinya terletak di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang. Pulau Perhentian dilitupi hutan yang menghijau, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus serta dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancongan yang datang bercuti di sini.
Pulau ini juga ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh di sewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut dalam digalakkan berkunjung ke pulau ini.
Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya Pulau Perhentian Besar lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan chalet, asrama dan tapak perkhemahan boleh didapati di kedua-dua buah pulau ini

           

No comments:

Post a Comment