Sunday 18 November 2012

Mari ke Pulau Gaya

Pulau Gaya
Pulau Gaya adalah sebuah pulau yang terbesar antara semua pulau yang terdapat dalam gugusan Taman Tunku Abdul Rahman ini. Air lautnya yang jernih seperti Kristal sedalam 50 kaki adalah paling sesuai bagi aktiviti snorkeling dan menyelam. Pulau Gaya dan Pulau Sapi dihubungkan oleh dataran kecil yang terdiri daripada pasir pantai. 

Bagaimana hendak ke sana
Pengunjung yang ingin ke pulau ini boleh menaiki bot-bot pelancongan yang disediakan agensi. Pemandu pelancong akan memaklumkan waktu yang sesuai untuk mengunjungi pulau itu pada mereka yang hanya ingin menghabiskan masa sehari sahaja di pulau tersebut. Perjalanan daripada jeti bot-bot pelancongan ke Pulau Gaya adalah selama 15-20 minit.

Penginapan
Bagi pengunjung atau pelanong asing yang ingin bermalam di pulau ini, mereka boleh menginap dia Gayana Island Resort yang sangat indah. Terdapat pelbagai jenis chalet yang ditawarkan oleh pihak pusat penginapan contohnya, chalet atas air.



Aktiviti

  • Kaneo
  • Kayak
  • Snorkeling
  • Selam-scuba
  • Island hopping
  • Memancing
  • Menangkap ketam
  • Jungle trekking

2 comments:

  1. mcm best jaa...ia menggunakan kos yg banyak X??

    ReplyDelete
  2. Tidak terlalu mahal..bergantung aktiviti ap yang anda ingin lakukan..

    ReplyDelete